Selamat Datang
Lagu Negeri Perak
Memaparkan catatan dengan label Institusi Pendidikan. Papar semua catatan

Rabu, 4 Jun 2014
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah
Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah, Ulu Kinta, Perak, sebuah kolej multidisiplinari yang menawarkan program latihan separa perubatan dalam Kementerian Kesihatan Malaysia. Dibina atas tapak seluas 16.75 hektar, kolej ini terletak di pekan Tg. Rambutan pada jarak 2.8 km dari Dina Homestay ( 5 minit ). Ia mempamirkan senibina kontemporari dengan landskap pendidikan yang mengkagumkan. Kolej ini mula beroperasi pada 1 Julai 2011 dan menawarkan program pra perkhidmatan dalam bidang Diploma Pembantu Perubatan, Diploma Kejururawatan dan Diploma Farmasi serta kursus pengkhususan dan lanjutan di peringkat Sijil dan Diploma Lanjutan. Sebagai kolej yang mendapat pengiktirafan dan sentuhan DiRaja, KSKB SAS telah mengambil langkah strategiknya mentransformasikan pendidikan sains kesihatan melalui jaringan dan jalinan ‘smart partnership’ ke arah mencipta penjenamaan, sambil meningkatkan kualiti penjanaan graduan yang berilmu, berketrampilan dan pengamal selamat dalam memperkasakan kualiti perkhidmatan kesihatan di negara ini.
Jumaat, 30 Mei 2014
Universiti Teknologi Mara ( Seri Iskandar Perak )
Universiti Teknologi MARA (Perak) terletak lebih kurang 48.4 km dari Dina Homestay. Ia mengambil masa kurang dari satu jam perjalanan melalui lebuhraya PLUS menuju ke Kuala Kangsar dan mengambil simpang keluar Jelapang. Seterusnya melalui jalan Meru sehingga memasuki Lebuh Raya Ipoh Lumut. Masa perjalanan boleh disingkatkan jika aliran trafik tidak begitu sibuk. Universiti Teknologi MARA (Perak) ditubuhkan dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan dibuka secara rasmi dalam 1985 di Bandar Baru Seri Manjung.
Kampus ini terletak Bandar Seri Iskandar, Daerah Perak Tengah dan mempunyai keluasan 392.36 ekar. University memulakan operasi pada 1hb Januari 1999. Kampus ini terletak di lokasi yang strategik dimana ia berada diantara dua bandar iaitu Ipoh dan Lumut. Jalan raya Ipoh - Lumut, yang melalui Universiti Teknologi MARA (Perak) memudahkan para pelajar dan ibubapa untuk mengakses kedua-dua bandar Ipoh dan Lumut.
Kampus telah membina asrama baru untuk pelajar dan mampu menampung maksimum 8000 pelajar. Sekarang , terdapat 9665 pelajar sepenuh masa di 30 program dan 418 pelajar sambilan di tujuh program, dengan 539 pensyarah sepenuh masa dan 359 pentadbiran dan kakitangan sokongan.
Selain bilik-bilik darjah, kemudahan lain boleh didapati ialah 38 makmal komputer dengan lebih daripada 1,000 komputer, Bilik teknologi, studio, bangunan dan bengkel-bengkel seramik, satu dewan serbaguna,sebuah perpustakaan dan kemudahan sukan tahap pencapaian yang pelbagai.

Rabu, 28 Mei 2014
Politeknik Ungku Omar ( PUO )
Politeknik Ungku Omar terletak lebih kurang 10.9 km yang mengambil masa lebih kurang 23 minit melalui jalan Bercham dari Dina Homestay.Politeknik Ungku Omar telah ditubuhkan pada tahun 1969 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan bantuan UNESCO. Peruntukan sebanyak RM24.5 juta diperolehi daripada United Nation Development Programme (UNDP). UNESCO telah dipertanggungjawabkan untuk merancang dan melaksanakan pembinaan politeknik tersebut di atas tapak seluas 22.6 hektar di Jalan Dairy, Ipoh. Politeknik ini mengambil sempena nama Allahyarham Dato' Profesor Ungku Omar Ahmad demi mengenang jasa dan sumbangan beliau kepada negara dan bangsa terutamanya dalam bidang penyelidikan perubatan.
Pada mulanya Politeknik ini menumpang di bangunan Pusat Latihan Harian (DTC) Ipoh yang kemudiannya menjadi Maktab Perguruan Kinta. Untuk kumpulan 300 orang pelajar yang pertama, kuliah diadakan mulai 2 Jun 1969. Tenaga pengajarnya pada masa itu terdiri dari 28 orang pensyarah tempatan dan dibantu oleh 14 orang sukarelawan dari Kanada, Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun. Pada penghujung 1973, Politeknik berpindah ke kampus barunya dan ianya dirasmikan pada 10 Mei 1974 oleh Y.B. Menteri Pendidikan pada waktu itu, Allahyarham Tun Abdul Razak b Hussein
Politeknik ini didirikan dengan tujuan untuk memberi latihan kepada lulusan sekolah menengah dengan kelayakan SPM atau SPMV untuk menjadi juruteknik mahir dalam bidang juruteknik mahir dalam bidang kejuruteraan, pegawai eksekutif pertengahan dan separa profesional di sektor awam dan sektor swasta.
Pada peringkat awal, Politeknik ini cuma mempunyai empat Jabatan Akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan yang menawarkan pelbagai kursus di peringkat diploma dan sijil. Pada tahun 1972, diwujudkan Jabatan Kejuruteraan Perkapalan dan jabatan ini cuma menawarkan kursus tunggal pada peringkat Diploma. Pada 1 Mac 1999, dua unit akademik dinaikkan taraf sebagai Jabatan. Unit Matematik dan Sains dijadikan Jabatan Matematik, Sains dan Komputer manakala Unit Bahasa/Agama pula dijadikan Jabatan Pengajian Am.
Program Teknologi Maklumat, buat pertama kalinya ditawarkan oleh PUO pada Januari 1999 di bawah Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Pada Julai 1999 pelaksanaan Program Teknologi Maklumat telah diletakkan di bawah Jabatan Matematik, Sains dan Komputer.Pada Januari 2007, Program Teknologi Maklumat telah diwujudkan di PUO dan telah diletakkan di bawah Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
Sejak permulaan hingga hujung 2007, PUO telah melahirkan sejumlah 50,822 orang graduan. Kini terdapat bekas pelajar PUO berkhidmat di pelbagai bidang aktiviti ekonomi negara dan mereka itu telah menyumbangkan kemahiran serta tenaga dalam proses pembinaan negara. Kejayaan ini adalah berkat usaha bersama semua pihak termasuk pensyarah dan kakitangan lain yang kini berjumlah 681 orang.
Pada 1 September 1999, Maktab Perguruan Kinta menyerahkan kampusnya kepada PUO. Kini kampus bekas maktab dinamakan Kampus B dan digunakan sepenuhnya oleh Jabatan Perdagangan, Jabatan Pengajian Am, Unit Kokurikulum dan Unit Pepreriksaan. Perkembangan dalam saiz kampus PUO adalah perlu untuk menampung pertambahan pesat dalam bilangan pelajar. Pada suatu hari nanti bilangan pelajar PUO dijangka akan menjejak 10,000 orang.
Sumber : Laman web rasmi PUO

Jumaat, 23 Mei 2014
Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ipoh telah mula diasaskan di Kangar. Buat permulaan guru pelatih kumpulan pertama seramai 161 orang telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Perempuan Kangar sebagai kampus sementara. Pengetua pertama institut ini ialah Encik Abu Bakar bin Don dan Naib Pengetua ialah Encik Khalil Shah bin Jamaludin. Bilangan pensyarah pada ketika itu ialah seramai 13 orang.
Pada 1 Januari 1977, institut ini telah dipindahkan ke Ipoh dengan menumpang bangunan Institut Perguruan Kinta di Jalan Dairy, Ipoh.Pada 1 April 1977, institut ini telah berpindah ke kampus sementara di Kampung Dato' Ahmad Said, Manjoi, Ipoh dan dikenali sebagai Maktab Perguruan Ipoh (Baru). Kampus tetap di kawasan seluas 42.5 hektar di Hulu Kinta siap pada 1 Jun 1983 dan sekali lagi institut ini berpindah dan kekal sehingga sekarang. Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini telah dirasmikan pada 2 Mei 1987 oleh Y.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mana pada ketika itu merupakan Menteri Pendidikan.
Kini Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh telah berkembang maju di bawah pimpinan pengarah Tuan Hj.Kamarulizham bin Hazizi yang merupakan pengarah institut pada ketika ini. Kedudukan Dina Homestay tidak begitu jauh dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ini. Untuk pergi ke Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh ia mengambil masa selama lebih kurang 8 minit atau sejauh 5 KM sahaja. Jadi bagi sesiapa yang ingin menghantar anak, saudara mara atau rakan - rakan bolehlah menginap di Dina Homestay. Kami menjanjikan anda berpuas hati berada di Dina Homestay.
"Dina Homestay : Kepuasan Anda Keutamaan Kami"

Sumber : Laman Web IPG Ipoh
Langgan:
Catatan (Atom)